Monday, December 27, 2010

lelaki idaman...

bila teringat kembali memori-memori lama sebelum kenal b, rasa macam rugi. rugi sebab tak kenal b lebih awal. tapi Allah SWT lebih Mengetahui. terlalu banyak hikmahNya mengapa aku dan b tidak dipertemukan lebih awal...

tak mudah hidup di kota.. lebih-lebih lagi buat seorang anak manja macam aku.. bagai burung yang terlepas dari sangkarnya.. dunia luar banyak mengubah aku.. terlalu banyak yang aku lalui bersama insan bergelar lelaki.. ada pahit dan manisnya.. terlalu banyak dugaan dan harapan.. demi mengejar sesuatu yang dipanggil CINTA.... pembohongan, janji-janji manis, kedukaan...

dia...

dia aku kenali setelah hati ini hampir-hampir tertutup untuk mempercayai cinta lagi... mempercayai lelaki... dia muncul pada waktu yang sangat tepat... tak dapat aku nyatakan betapa bersyukurnya aku kerana mengenali dia..

bagiku dia adalah lelaki idamanku... segala-galanya tentang dia adalah idamanku.. keinginanku... dia ibarat mimpi jadi kenyataan......





No comments:

Post a Comment